Salam perkenalan

Hai!!!!!! Selamat datang ke my blog......jom la follower

Thursday, 10 March 2011

perasaan apakah ini...?

Ah......apakah perasaan yang bertandang dihati ku kini......
Marahkah aq kepadanya????....Cemburukah aq dengan tindakannya???....Tidak!!!!
Hati ku bukan untuknya....Tapi kenapa hatiku sakit pabila melihat dia mesra dengan perempuan lain...bagai tertusuk keris didada rasanya...sakit yang tiada bandingan...
Ah!!!aq tidak mahu perasaan seperti ini...hatiku tidak tenang...wajahnya sering terbayang...perasaan bercampur menjadi satu....kenapa ini harus terjadi kepada ku???
Sesiapa tolonglah aq!!!Jelaskan lah apa yang berlaku kepadaku kini???...Aq tidak mahu peristiwa lama berulang kembali...jangan dibuka batulan luka lama kerna ia masih berdarah.....mungkin ia sama seperti dulu "cinta datang setelah di benci"...mungkin kerana telah lama ku pendamkan....Oh tidak!!!sudah berapa kali ku katakanyang hati ku ini bukan untuk nya....Ya allah,tolong la hambamu ini..buangkan la perasaan yang telah melanda hati ku kini...kenapa aq harus merasakn ini semua sedangakan aq tidak mencintainya...apatah lagi dye adalah musuh ketat ku...Ya allah tolong la...aq tidak kuat lagi untuk menempuh ujian mu ini..Makbulkan lah semua doa ku ini ..AMIN...

madah wanita solehah




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.

Orang yang suka mengkhianati teman sendiri adalah ibarat binatang yang suka memakan bangkai. Bertambah busuk bangkai bertambah pula seleranya

Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu.

Teman ketawa bagaikan air di daun keladi walau tercurah tak berkesan. Tapi sahabat sejati bagai air lalu walau dicincang ia tak mungkin kan putus.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi kita yang menghargainya

Tidaklah kita dapat mengenal oranglain melainkan dengan 3 waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan.

Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.

Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.

Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran.
Dialah hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Sahabat adalah anugerah Tuhan untuk menjaga kita
Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan,
tapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain tetapi menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Kamu tidak akan pernah memiliki seorang teman,
jika kamu mengharapkan seseorang tanpa kesalahan
kerana semua manusia itu baik kalau kamu dapat melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu dapat melihat keunikannya. Tetapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak dapat melihat keduanya.

cinta yang telah lama pudar...kiki


Segelintir pasangan mungkin lupa untuk membangkitkan rasa cinta yang sudah lama pudar apabila sudah bertahun-tahun mendirikan kebahagiaan.

Ada pula pasangan yang sudah lama mendirikan mahligai, tetapi sering tampil seolah-olah baru saja berkahwin.

Menghargai pasangan sama ada isteri atau suami tidak semestinya memerlukan hadiah yang besar untuk menzahirkan kasih sayang. Cukup sekadar kata-kata manis atau sentiasa senyum biarpun diuji dengan kerenah pasangan yang sering membuat anda makan hati.

kahwin bawah umur...


Perkahwinan adalah ikatan suci antara lelaki dan wanita selari dengan kejadian manusia berpasangan. Perkahwinan juga sunnah Rasulullah SAW yang patut dituruti setiap umat yang berkemampuan.

Diriwayatkan oleh Aisyah, bermaksud: ” Nabi SAW bersabda: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.” (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW, namun ada perkara yang tidak boleh diketepikan sehingga meminggirkan matlamat menyatukan pasangan lelaki dan wanita.

Antaranya, perkahwinan anak bawah umur yang masih berlaku dalam masyarakat. Mengikut mazhab Syafie, cukup umur atau baligh apabila budak lelaki bermimpi keluar mani dan perempuan didatangi haid ataupun mereka cukup berusia 12 tahun.

Berdasarkan sejarah, Rasulullah SAW menikahi Aisyah yang ketika itu berusia sembilan tahun.

Diriwayatkan Aisyah yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi mengahwini Aisyah ketika ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, tiada umur khusus ditetapkan untuk berkahwin dan ini bermakna tidak salah berkahwin pada usia muda. Namun, melihat realiti di Malaysia, undang-undang syariah menetapkan had umur minimum untuk berkahwin 18 tahun bagi lelaki dan perempuan (16 tahun).

Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika hakim syariah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Perkahwinan kanak-kanak di bawah umur perlu mendapat kelulusan bertulis mahkamah syariah dan tiada perkahwinan boleh dijalankan tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Peruntukan seksyen itu tidak bertentangan dengan pendapat empat mazhab kerana pemerintah atau ulil amri boleh membuat undang-undang demi kepentingan umum.

Hakikatnya, kebenaran mahkamah bertujuan memberi peluang menyelidik latar belakang, keadaan fizikal dan kemampuan pasangan bawah umur yang ingin berkahwin.

Ini bagi menjaga kepentingan kanak-kanak itu kerana perkahwinan bukan perkara main-main dan wali perlu ada asas kukuh untuk mengahwinkan anak gadisnya. Hanya apabila mahkamah berpuas hati kebenaran berkahwin diberi.

Mengikut peruntukan, ‘dalam keadaan tertentu’ bermaksud wali ada alasan kukuh mengahwinkan anaknya yang boleh dipertimbangkan mahkamah sebelum memberi kebenaran. Antaranya anak bermasalah moral dan tidak boleh dikawal.

Dalam keadaan ini, bagi menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus bergelumang maksiat, harus bapa sebagai wali mengahwinkan anaknya.

Segelintir masyarakat mungkin menimbulkan persoalan mengapa umur minimum ditetapkan undang-undang sedangkan Saidatina Aisyah berkahwin pada usia enam tahun dan bersama Rasulullah apabila berusia sembilan tahun.

Saidatina Aisyah antara orang terawal memeluk Islam selain terbabit dalam perang Uhud dan Badar, malah pengetahuan ilmu al-Quran dan hadis membuktikan kematangan walaupun masih muda.

Berbanding remaja hari ini yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan, dikhuatiri tidak mampu menangani masalah atau melayari hidup berumah tangga. Umur belasan tahun dalam dunia hari ini adalah waktu mereka bersekolah.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan yang haram, tetapi mengandungi tanggungjawab perlu dilaksanakan pasangan yang berkahwin memenuhi tuntutan batin serta keperluan zahir.

tangga, kematangan fikiran perlu bagi menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapi kelak.

Rentetan daripada tanggungjawab itu boleh menyebabkan tekanan fizikal dan mental apabila mereka gagal menjalankan peranan seperti diharapkan hingga akhirnya menjurus kepada perceraian.

Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Oleh itu, pihak yang ingin berkahwin termasuk ibu bapa perlu memastikan pasangan bawah umur ini benar-benar bersedia memikul tanggungjawab yang dituntut kepada suami dan isteri supaya perkahwinan memberi kesejahteraan untuk semua.

Monday, 7 March 2011

Apa itu salah

Salahkah nama ku solehah???Salahkah wajah ku hodoh???Salahkah kulit ku gelap???........
Sejak aku kecil lagi,aku sering direndah-rendahkan..diburuk-burukkan...di jadikan bahan hiburan...
Adakah kerana ini aku sering di jadikan bahan ejekkan oleh teman-teman ku???Hingga aku ke alam persekolahan...Tadika dan ke sekolah rendah...tapi hal ni tidak berhenti setakat ni sahaja malah ianye berlarutan hingga usia ku menjangkau 18 tahun....(iaitu usia ku kini).....Kini telinga ku sudah menjadi kebal dengan semua....Mereka semua menyatakan benda yang sama...iaitu memperkotak-katikkan diri ku...
Ya mungkin mereka lihat aku bisa senyum dan ketawa dengan mereka itu bermaksud aku suka dengan permainan mereka.....Adakah mereka tahu hati kecil ku ini kian parah???...Dik kerna aku tidak pernah menyuarakannya...Apakah itu juga salah ku???

Sunday, 6 March 2011

Kenapa ianye terjadi kepada qu?????

Aku mendongak ke langit,ku lihat burung-burung terbang dengan riang,menari-nari diatas sana seperti mahu menghiburkan hatiku yang berduka kini,....Hati ku mula bertanya kepada diri ku,,,,bagaimana mereka tahu keadaan ku kini seperti apa???Kenapa teman-teman ku sendiri tidak dapat merasai kesakitan yang aq tangung kini???...Apa mungkin mereka cuma gunakan aku sebagai bahan lawak mereka???Apa mungkin dengan begitu mereka akan bahagia???Kenapa aku yang harus menjaga perasaan mereka sedangkan mereka bersikap buruk kepada ku,tidak pernah peduli dengan perasaan aku...Kadang-kadang aku menyesal kerana aku selalu diperlakukan sebegini rupa...Tapi aku bersyukur kerana tuhan telah mengurniakan ku dengan kesabaran yang tinggi....Walaupun kadang kala kata-kata mereka telah melukakan hati ku..tapi ketika itu juga aku boleh mengawal perasaan ku supaya aku kekal tenang seperti air......